Quantcast
Channel: adminhek – Hub Berita
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Jom Minat Akaun (JMA) 2016 pupuk minat pelajar terhadap subjek perakaunan

$
0
0

UTM Johor Bahru, 12 November: Fakulti Pengurusan dan Kolej Kediaman Dato’ Onn Jaafar (KDOJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru menganjurkan program Jom Minat Akaun (JMA) 2016 pada 12 November 2016 lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai.

Pengetua KDOJ UTM Johor Bahru, Lt Kol Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan berkata program JMA 2016 diadakan dengan tujuan untuk memupuk minat, perasaan cinta dan semangat kepada para pelajar sekolah menengah khasnya pelajar perakaunan tingkatan empat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan pada masa hadapan. Antara tujuan lain JMA 2016 ialah menganjurkan satu program yang berkonsepkan pendidikan khusus dalam bidang perakaunan, memberi perkongsian pengalaman daripada pengamal perakaunan berkaitan kerjaya dan praktis sebenar perakaunan kepada mahasiswa serta peserta. Seterusnya, program ini juga bertujuan untuk membantu para pelajar untuk mempelajari perakaunan secara santai dan berseronok. Program ini dijalankan dengan kerjasama antara pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai, Fakulti Pengurusan, KDOJ dan para pelajar tahun akhir program perakaunan UTM Johor Bahru.

 

Persiapan dilakukan oleh barisan urusetia para pelajar tahun akhir program perakaunan UTM Johor Bahru. Ianya turut dibantu oleh pihak urusetia Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai. Program JMA 2016 ini dihadiri oleh 36 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai dan dikendalikan oleh 46 orang pelajar tahun akhir program perakaunan UTM Johor Bahru. Antara pengisian di dalam JMA 2016 ialah perakaunan dan kerjaya, perkongsian pengalaman pengamal perakaunan, formula kuasai akaun dan permainan perakaunan..

Program ini dirasmikan oleh Puan Adilah binti A. Kadir, Penolong Kanan Satu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai. Manakala, majlis penutup JMA 2016 disempurnakan oleh Dr. Noriza Mohd. Jamal, Ketua Jabatan Perakaunan dan Kewangan, Fakulti Pengurusan, UTM Johor Bahru. Program ini mendapat reaksi yang positif dan memberangsangkan daripada para pelajar sekolah, guru-guru dan pelajar perakaunan UTM Johor Bahru. Program ini  bermula sejak jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images

Trending Articles